Moga entry kali ini bermanfaat dan kita akan beroleh ilmu darinya.. InsyaAllah...
PENGENALAN DATA KOMUNIKASI
Ini adalah takrif ringkas yg dapat sy simpulkan dibawah..
Komunikasi - Pertukaran maklumat antara 2 individu menggunakan set simbol dan petunjuk yang sama. Juga membawa maksud berkongsi maklumat samada secara setempat (local / remote )
Data - Data mentah yang BELUM diproses ( nama, alamat, gambar, suara ).
Maklumat - Data yang telah diproses. Dalam komputer, data diwakili dalam bentuk bits. ( 0s dan 1s )
Kod - Sebarang mesej yang boleh dibaca dan mempunyai maksud dan difahami oleh pengguna akhir.
Komunikasi Data - Pertukaran bits ( dalam bentuk 1 dan 0 ) di antara 2 peranti melalui media komunikasi
data seperti talian telefon.
Rangkaian Komunikasi Data - Terdiri daripada semua komputer dan peranti yang diperlukan untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Telekomunikasi - Pertukaran maklumat antara 2 individu menggunakan set simbol, petunjuk dan perlakuan yang sama (dengan perkakasan elektronik ) melalui sesuatu jarak.
CIRI-CIRI PENTING KEBERKESANAN DALAM KOMUNIKASI DATA
- Delivery ( Penyerahan )
- Accuracy ( Ketepatan / Kejituan
Sistem mestilah menyerahkan data secara jitu. Data yang telah diubah atau rosak semasa penghantaran
dan tidak diperbaiki tidak dapat digunakan.
- Timeliness ( Menepati Masa )
Sistem mestilah menyerahkan data mengikut masa yang telah ditetapkan. Data yang diserahkan lewat
tidak berguna.
KOMPONEN KOMUNIKASI DATA
Mesej - Maklumat atau data untuk berkomunikasi.
Pengirim - Peranti yang menghantar mesej.
Penerima - Peranti yang menerima mesej.
Media - Laluan fizikal dimana mesej bergerak dari pengirim ke penerima.
Protokol - Set peraturan yang meliputi komunikasi data.
KOMPUTER HOS
~ Dikenali sebagai Central Processing Unit ( CPU )
~ Berfungsi dalam melaksanakan kerja-kerja pengiraan, penyimpanan data, dan mencapai data.
~ Semua fungsi dimasukkan dalam perisian applikasi seperti word processing, spreadsheet & aturcara lain.
TERMINAL KOMPUTER
~ Peranti yang digunakan sebagai input & output.
~ Berfungsi membenarkan pengguna berkomunikasi dengan komputer host.
~ Nama-nama lain bagi terminal adalah Command Line Interface ( CLI )
BIT & BYTE
~ 'Bit' akronim untuk binary digit ( Digit Perduaan 0, 1 )
~ 'Byte' rentetan bit ( selalunya 8 bit )
~ 'Aksara' diwakili oleh rentetan bit yang digabungkan dalam bentuk byte.
Semua data yang digunakan dalam komputer adalah dalam bentuk digit perduaan. Komputer hanya memahami 0 dan 1. Oleh itu, segala maklumat yang diberi perlu ditukar kepada digit perduaan.
No comments:
Post a Comment