I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 16 June 2011

PEMBELAJARAN TUK MINGGU INI

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, ana lantunkan kalimah suci Allah agar setiap ilmu yang terdapat di dada blog ini mendapat redhaNya..


Ari ni hampir satu hari ana duduk depan laptop untuk bina blog.. hurmm... tidak la sesukar mana walaupun inilah kali pertama dalam idup buat blog sendiri.. Lucu pon ada bila difikir2 balik.. ye la, nama jew dak IT, tapi blog pun tk ada.. 
Kalau bukan kerana En Asyraf (lebih popular di kalangan dak2 NETSEC dengan panggilan En Acap) arahkan sume dak NETSEC (Network Security) bina blog tuk publishkan sume hasil pembelajaran dalam kelas ke dada blog ni, ana rasa smpai bila pun tk buat agaknya.. hihihi... Tapi, Alhamdulillah, akhirnya dengan izin Allah, terbinalah juga walaupun simple aje..
InsyaAllah, dari hari ke ari akan ana update dan explore dgn lbh mendalam ag soal blog ni.. 


Tinggalkan dahulu soal blog, ana nk fokus tentang pembelajaran yang diperolehi pada hari ini... Wahhh... agak menarik gak la untuk dikongsi.. 
Masuk2 aje kelas, sume bdak NETSEC pulun (loghat utara) configure wireless. Memandangkan kelas kami cuma ada 10 orang dan hy 3 jew kumbang dlm kelas ni, maka tanggungjawab mengconfigure diserahkan kpd mereka.. Hurmm.. boley tahan configure.. cepat tul diorg wat.. nmpak mcm pro.. trutama zam.. Mcm ada pengalaman jew.. hihhii..


Sbenarnya, wpun baru 3 ari ana di sini, tak dapat ana nafikan bhw banyak ilmu yang ana pelajari.. ari pertama ana masuk jew, dah mula format pctarik kabel untuk setup LAN dalam kelas. Real tu.. Mmg sronok sbnarnya bila berhadapan dgn hal2 teknikal spt ni. Selama ni hy pelajari teori aje, jd bila bdpan dgn suasana spt ni, mmg rasa len la org kata.. 


Ari ke-2 plak ana dan teman2 yg len telah disuruh oleh En Acap (trainer kami) tuk membuat penyambungan kabel. Apa ag, satu kelas la pnuh dgn kabel dan tools2 yang akn digunakan.  Untuk task ini, akan ana perincikan di dada blog ini. InsyaAllah.. 




PEMASANGAN KABEL UTP


KABEL UTP
Kabel UTP atau nama saintifiknya Unshielded Twisted Pair merupakan medium penghantaran yang digunakan untuk menghubungkan antara komputer dengan komputer lain dengan menggunakan RJ45-Male.
Ia digunakan untuk membangun jaringan LAN dengan terminal berupa Hub atau Switch. Secara Fizik, kabel UTP memiliki 4 pasang (8 buah) kabel yang dikelilingi (dipilin) oleh jaket namun hanya 3 pasang sahaja yang akan digunakan.


Terdiri daripada 2 iaitu :
    a) Kabel UTP biasa
Menghubungkan komputer pada ethernet dengan kelajuan 10 Mbps


    b) Kabel UTP kategori 5
Menyokong ethernet dengan kelajuan 100 Mbps.


CONNECTOR RJ45


Merupakan connector 8 pin yang digunakan untuk menghubungkan kabel UTP dengan socket pada NIC.


Pemasangan kabel UTP pada NIC memerlukan alat khusus yang dipanggil cramping tool. Ia digunakan untuk mengcengkam pin connector RJ-45 sehingga dapat mengikat kabel UTP.




SUSUNAN KABEL UTP
Memandangkan pemasangan kabel yang kami gunakan adalah kabel straigh through yang akan digunakan sebagai penyambung antara perangkat yang berbeza jenis seperti :
Komputer .......> Switch
Komputer .......> Hub/Bridge
Router   .......> Switch
Router   .......> Bridge


Kombinasi warna dan jadual boleh dilihat pada gambarajah di bawah :




CARA2 PEMASANGAN KABEL :

Pemasangan kabel UTP jenis ini sebenarnya sangat mudah untuk dilaksanakan. Seperti yang kita ketahui, terdapat 4 pair 

di mana ia memiliki 8 buah iaitu :


oren putih, oren ; hijau putih, biru ; biru putih, hijau coklat putih , coklat. 




Walaubagaimanapun, tanpa
mengikut standard pewarnaan itu juga tidak mengapa. Apa yang penting adalah susunan kabelnya. 



                       

Sewaktu memasangnya, penghujung kabel perlu di potong terlebih dahulu.. kemudian susunan kabel yang telah disusun mengikut 
standard pewarnaan tadi diratakan dengan crimp tool. 




                                     


Apa yang perlu diperhatikan ketika menggunakan crimp tool ini adalah 
memastikan saat pressing, ia di tekan dengan kuat supaya pin tersebut menembusi isolasi kabelnya. Selepas itu, penggunaan LAN tester akan digunakan bagi menguji keberkesanan kabel tersebut. Sekiranya LED salah satu dari tester tersebut tidak menyala, beerti pin nombor pada LED tersebut mengalami masalah.





Alhamdulillah.. abeh sudah... jumpa lagi nextweek... 























No comments:

Post a Comment